Tuesday, December 3, 2013

Palestin dan kita



Bismillah
Dengan nama Allah yang menciptakan kita
dan selalu memberi kasih sayang-Nya kepada kita.
Palestin, sebuah tempat yang menjadi rebutan kuasa-kuasa besar kerana di sinilah bermulanya peristiwa sejarah yang penting kepada ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, Judaism dan Kristian, menjadi pusat tamadun pada satu ketika dahulu. Di bumi inilah lahirnya sebuah drama yang tidak berkesudahan sehingga sekarang. 
 Israel, sebuah bangsa yang kini berjaya mewujudkan sebuah negara yang mendapat mandat dari negara-negara yang mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan yang kononnya merekalah "Polis Dunia "?  Bani Israel adalah suatu kaum yang sungguh bertuah tetapi mereka tidak bersyukur di atas kurniaan Allah terhadap mereka. Mereka mengetahui bahawa akan datang seorang pada akhir zaman yang bernama Ahmad di dalam kitab suci mereka sebelum diselewengkan oleh pendita- pendita mereka. Mengapa mereka bersikap demikian? 
Ini kerana mereka bersikap sombong dan tidak pernah menghargai apa yang telah Allah berikan kepada mereka. Mereka tidak menerima bahawa Nabi Muhammad yang terpuji itu bukan dari kalangan mereka. Mereka tidak menerima hakikat yang mereka bukan lagi bangsa pilihan Allah, Mereka memggelarkan diri mereka bangsa pilihan kerana banyak nabi dan rasul diutus dadi kalangan mereka dan untuk mereka sendiri. Tetapi apa yang telah mereka lakukan terhadap utusan-utusan Allah tersebut?
Nabi Yahya , sebagai contoh, dibunuh dan mereka sanggup melakukan jenayah terkutuk itu kerana mengikut hawa nafsu mereka sendiri. Sekarang Gaza menjadi saksi kekejaman dan kerakusan mereka diturunkan dan diperlihatkan oleh anak-anak cucu mereka. Mereka menganggap bangsa lain sebagai  'goyyim(ANAK ANJING)' yang mereka sewenang-wenangnya menyembelih dan membunuh jiwa-jiwa yang tidak berdosa !!!!
Di mana keadilan yang diperjuangkan?! Di mana hak asasi yang dilaung-laungkan seluruh dunia?! Bangkitlah wahai insan !!!! Mereka masih bekerja dan terus bekerja untuk memusnahkan bangsa lain, walaupun mereka sedikit tetapi mereka berjaya dengan rancangan mereka. Mereka akan dikalahkan tetapi bila?
mg

No comments:

Post a Comment